~Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatu.
~Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi kesempatan untuk penulis berkongsi sedikit ilmu yang diketahui dari konteks pemahaman penulis.

Baiklah , dalam penulisan ringkas hari ini saya akan menjelaskan serba sedikit tentang terdapatnya sedikit percanggahan pendapat mengenai kalimah ‘Aamiinn‘ atau ‘Aameenn‘ ini yang sehingga ada sesetengah dari mereka menyatakan bahawa huruf ‘men‘ yang berada di hujung perkataan ‘Aameenn‘ membawa bunyi yang berlainan dari ‘Aamiinn‘ yang selalu dilafazkan pada hujung bacaan surah Al-Fatihah. Sesetengah dari kita mengatakan bahawa huruf yang ditukar merupakan agenda yahudi / kristian dalam penggunaan doa mereka. Walhal, kita harus maklum bahawa dari segi tata, nahu dan maksudnya, perkataan ‘Aamiinn‘ mahupun ‘Aameenn‘ seperti yang selalu dilafazkan oleh golongan Kristian / Yahudi mahupun golongan Islam merupakan perkataan yang sama dan tiada bezanya jika diterjemahkan di dalam konteks bahasa arab. Apa apa ejaan sekalipun tidak akan menjadi halangan selagi sebutan adalah sama. Contoh : Aaameenn / Aamiinn / Aamieenn. Perkataan ‘Aameenn‘ akan menjadi beza hanya jikalau sebutan akhir disebut secara ‘men‘ iaitu lelaki dalam Bahasa Inggeris. Tidak akan rosak seseorang Islam itu mahupun lari akidahnya andai mereka menulis ‘Aamiinn‘ mahupun ‘Aameenn‘ dalam penulisan. Akan tetapi, kita harus ambil perhatian bahawa dalam bahasa arab, hukum tajwid memainkan peranan penting dan utama dalam segala maksud-maksudnya perkataan yang kita ucapkan. 

Contoh

1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.

 2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.

Ketika solat, kita tidak boleh membaca “Amin” dengan dua cara baca di atas kerana ia sudah menjadikan maksud yang berlainan dari apa yang kita kehendaki.

3. Aam’miin, آمِّيْنَ (huruf A (aliff): panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.
 
Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan bacaan “Amin” dalam solat dengan bentuk bacaan sebegini. Demikian merupakan keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134)
 
4. Aamiin , أٰمِيْنَ (huruf A (aliff) : panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikuti mad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang sebenar benarnya.

p/s : Mohon peneguran jikalau ada kesalahan dalam penulisan saya. Segala yang baik datang dari Allah swt dan segala yang buruk adalah silap dan salah saya sendiri.

Wallahualam ~

Advertisements