Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Kita mungkin keliru disebalik isu isu yang dimainkan didada akhbar dan juga di mana mana media massa berkenaan isu yang sedang hangat diperdebatkan oleh para ulama, golongan pembesar dan ahli fikir. 

Antara dari mereka ialah Dr MAZA yang mengatakan bahawa kalimah Allah adalah hak untuk semua serta telah diguna pakai sejak dari zaman dulu kala lagi iaitu zaman Rasulullah saw. 

Memang benar, jika difikir sejenak, kalimah Allah memang hak untuk semua umat manusia tetapi HANYA dengan bersetuju bahawa Allah hu’Ahad iaitu Allah itu satu dan bukan ‘Allah bapa’. Jika golongan kristian bersetuju bahawa Allah itu satu, maka kita wajib membenarkan mereka mengguna pakai kalimah Allah.

Dari soal akidahnya, kita akan terpesung dari pegangan Islam jika membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah dgn menyatakan bahawa KITA juga BERSETUJU bahawa Allah itu mempunyai Anak iaitu Yesus. 

Cuba baca ayat ni sebentar.

1. “Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.

2. Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju kesana, kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja”;

3. Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah TUHAN, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja”;
Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;

4. Risalah menyebut “Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal”;

5. Risalah menyebut “Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;

6. Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;

7. Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang bible;

8.Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;

9. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;

10. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;

11. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;

12. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;

13. Tajuk lagu “Allah Peduli” dengan lirik menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, SebabAllah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;

14. Tajuk lagu “Harapan Bangsa” dengan lirik menyebut “Bapaengkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor.

Berikut merupakan ayat ayat dari Al-Kitab (BIBLE) yang jikalau ianya diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.

Adakah akidah kita takkan goyah ? adakah akidah anak anak kita kelak takkan goyah ? adakah kita bersedia dan rela jika Al-Kitab dalam versi bahasa melayu ini dibaca oleh anak anak kita atau generasi kelak yang semakin rapuh pegangan agamanya ?

Mungkin secara tidak langsung, Tanah Melayu yang sememangnya Bumi Islam ini akan dirobek keseluruhannya baik zahir mahupun batin nya tentang hal hal keislaman.

Mengapa mereka memilih untuk memanggil Allah dalam versi bahasa melayu sedangkan mereka boleh mamakai perkataan Tuhan ?

Fikir fikirkan sejenak. Wallahualam ~

Advertisements